Honor Umum Lebih 15 Juta Unit Honor 8X Telah Berjaya Dijual Untuk Pasaran Global Comments Off on Honor Umum Lebih 15 Juta Unit Honor 8X Telah Berjaya Dijual Untuk Pasaran Global

Baru-baru ini Naib Presiden Honor telah mendedahkan bahawa mereka telah berjaya menjual lebih daripada 15 juta unit Honor 8X untuk pasaran global. Rekod jualan ini sekaligus telah menjadikan Honor 8X sebagai telefon pintar keluaran Honor paling laris dijual di pasaran buat masa ini.

Perkara ini tidak mengejutkan kerana Honor 8X sebelum ini telah menjadi telefon pintar dengan jualan terbaik di dalam talian di China untuk empat bulan berturut-turut. Berikutan daripada sambutan yang sangat positif, Honor 8X sebelum ini dilaporkan telah berjaya mencapai rekod jualan mencecah 10 juta unit dalam tempoh 173 hari selepas ia dilancarkan secara rasmi.

Honor 8X telah dikuasakan dengan Kirin 710, sokongan memori 4GB + 128GB, paparan skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci FHD+, kamera depan 16MP, dwi kamera utama beresolusi 20MP + 2MP, dan juga bateri berkapasiti 3750 mAh. Menariknya anda kini boleh memiliki Honor 8X pada harga hanya RM799 (RM849) sempena promosi ‘Honor Biggest Party Ever’ yang berlangsung hingga hujung bulan Julai 2019.

Baca juga:

Honor Malaysia Menyambut Ulang Tahun Ke-5, Tawar Potongan Harga Dan Baucar

10 Juta Unit Honor 8X Telah Berjaya Diedar Ke Seluruh Dunia Sejak Dilancarkan Pada September 2018

HONOR Malaysia Umum Senarai 9 Peranti Yang Menerima Kemas Kini Magic UI 2.1 Dan EMUI 9.1 Bermula Ogos 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend