Honor Tawar Motosikal Vespa Dan Honor 10 Dalam Peraduan Fotografi ‘Beauty in Malaysia’ Comments Off on Honor Tawar Motosikal Vespa Dan Honor 10 Dalam Peraduan Fotografi ‘Beauty in Malaysia’

Honor Malaysia hari ini melancarkan peraduan fotografi yang dinamakan #BeautyinMalaysia dimana menawarkan hadiah menarik berupa sebuah motosikal berjenama Itali, Vespa Primavera 150 dan tiga unit honor 10 untuk direbut.

Peraduan ini dibuka kepada pengguna telefon pintar honor sahaja dan ia akan diadakan sepanjang 21 hari bermula 2 Julai hingga 22 Julai 2018. Peraduan dibahagikan kepada tiga kategori dimana peserta hendaklah mengambil gambar bertemakan makanan di Malaysia, tempat di Malaysia, dan orang di Malaysia.

Minggu pertama – Makanan di Malaysia: 2hb – 8hb Julai 2018

Minggu kedua – Tempat di Malaysia: 9hb – 15hb Julai 2018

Minggu ketiga – Orang di Malaysia: 16hb – 22hb Julai 2018

Gambar yang diambil mestilah unik dan menarik untuk membolehkan peserta memenangi hadiah-hadiah yang disediakan. Peserta disarankan untuk mengambil bahagian dalam ketiga-tiga kategori untuk peluang menang yang lebih tinggi.

Pemenang untuk peraduan #BeautyinMalaysia akan diumumkan di laman sesawang rasmi hihonor, aplikasi tema honor, dan platfom media sosial honor Malaysia. Pihak honor turut menambah, pememang yang diumumkan juga berpeluang untuk menjadi jurucakap dalam majlis honor di masa akan datang.

Maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Beauty in Malaysia’, anda boleh layari Facebook honor atau laman sesawang rasmi hihonor.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend