Honor Tab 5 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Kirin 710 + GPU Turbo 2.0 Dan Bateri 5100 mAh Comments Off on Honor Tab 5 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Kirin 710 + GPU Turbo 2.0 Dan Bateri 5100 mAh

Jika Huawei telah dilaporkan akan tampil dengan tablet terbarunya iaitu MediaPad M6 Pro, nampaknya Honor terlebih dahulu hadir dengan pelancaran rasmi tablet model Honor Tab 5.

Dari segi rekaan fizikalnya, Honor Tab 5 kelihatan biasa-biasa sahaja kerana ia menampilkan paparan skrin 8.0 inci beresolusi 1920 x 1200 piksel dengan saiz bezel yang agak tebal. Namun begitu, dari segi sokongan spesifikasi ia boleh dianggap agak baik bagi sebuah tablet mampu milik kerana dikuasakan dengan cipset Kirin 710 (12nm) dan juga teknologi GPU Turbo 2.0 yang menjanjikan prestasi grafik yang lebih baik.

Honor Tab 5 juga tersedia dengan sokongan speaker stereo yang dilengkapi dwi cip audi Smart PA yang mampu menghasilkan kualiti bunyi speaker yang lebih berkualiti. Tablet dengan kamera swafoto 8MP ini menawarkan kapasiti bateri sebesar 5100 mAh dan ditawarkan dalam versi WiFi dan juga LTE.

Harga Honor Tab 5:

  • 3GB + 32GB (WiFi) → CNY1,099 (kira-kira RM668)
  • 4GB + 64GB (WiFi) → CNY1,299 (kira-kira RM790)
  • 3GB + 32GB (LTE) → CNY1,399 (kira-kira RM851)
  • 4GB + 64GB (LTE) → CNY1,499 (kira-kira RM912)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend