Honor Super Brand Day Di Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM550 – 22 Hingga 26 April 2019 Comments Off on Honor Super Brand Day Di Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM550 – 22 Hingga 26 April 2019 186

Di dalam majlis pelancaran yang berlangsung hari ini, Honor Malaysia telah mengumumkan ketersediaan Honor 20 Lite yang akan dijual secara eksklusif melalui platform e-dagang Shopee pada 24 April 2019. Serentak dengan pelancaran Honor 20 Lite, Honor Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan Shopee untuk mengadakan promosi ‘Honor Super Brand Day’.

Promosi yang akan berlangsung selama lima hari bermula 22 April hingga 26 April 2019 ini akan menjanjikan diskaun untuk pembelian telefon pintar Honor terpilih. Sepanjang promosi ini berlangsung, pengguna boleh membeli model telefon pintar terpilih dengan potongan harga sehingga RM550.

Pengguna yang ingin membuat pembelian melalui kedai rasmi Honor di Shopee juga akan turut menerima baucar eksklusif bernilai RM30 dengan belian minimum RM600. Manakala pembelian minimum RM100 pula akan menerima baucar eksklusif bernilai RM10. Walau bagaimanapun, baucar eksklusif ini tidak boleh digunakan untuk membuat pembelian Honor 20 Lite.

Baca juga:

Honor 20 Lite Akan Mula Dijual Pada Harga RM949 Secara Eksklusif Di Shopee Bermula 22 April 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend