Honor Play X Audi – Peranti Paling ‘Rare’ Di Malaysia Comments Off on Honor Play X Audi – Peranti Paling ‘Rare’ Di Malaysia 1061

Pada acara Honor Fan Fest yang baru sahaja berlangsung hari ini di Kuala Lumpur, pihak Honor telah mengumumkan bahawa mereka bakal membawa masuk peranti paling ‘rare’ ke pasaran tempatan. Peranti yang dimaksudkan ialah Honor Play X Audi.

Apa keistimewaan pada Honor Play X Audi ini? Ia didatangkan dengan peranti berwarna merah (hitam untuk Player Edition di Malaysia), model skala kereta sukan berprestasi Audi Spoert R8 LMS Cup, dan sudah tentu sebuah kotak istimewa bersaiz besar. Ini juga kali pertama Honor tampil dengan produk edisi terhad hasil kerjasama dengan pengeluar kenderaan terkemuka dunia.

Pihak Honor Malaysia tidak mengulas lanjut mengenai harga peranti ini tetapi unit yang akan dijual adalah sangat terhad tetapi dijangka tiba sekitar bulan Disember. Bagaimanapun, untuk spesifikasi ia dilihat sama seperti model asal, Honor Play.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend