Honor Play: Peranti Bajet Untuk Pengguna Yang Gilakan PUBG Mobile 0 449

Peranti pertama Honor dengan teknologi GPU Turbo telah dibawa masuk ke pasaran Malaysia baru-baru ini. Sambutan yang diterima kami lihat sangat memberansangkan oleh kerana Honor kali ini mensasarkan penjualan peranti kepada mereka yang mementingkan prestasi mantap pada harga yang rendah. Walaupun pada harga bajet, peranti ini tetap dibina dengan susuk tubuh premium dan yang penting sekali perkakasan dalaman yang cukup kuasa.

Honor Play ditawarkan dengan pilihan warna biru dan ungu. Bagaimanapun untuk unit ulasan kami menerima warna Navy Blue. Honor mengulas, dengan penawaran dua warna ini ia sangat sesuai untuk digunakan oleh pengguna lelaki dan juga wanita yang gemarkan permainan mudah alih. Oleh kerana ia sebuah peranti yang memfokuskan permainan mudah alih, Honor Play membawakan fungsi yang dinamakan AI Game. Apa yang menarik tentang fungsi ini ialah pengguna dapat menikmati pengalaman 4D untuk permainan popular iaitu PUBG Mobile.

Spesifikasi

Set Pembelian

Fon telinga tidak didatangkan sekali bersama pakej pembelian

Kotak pembelian Honor Play hadir dengan kotak berwarna putih yang mengandungi sarung pelindung jernih, kabel USB Type-C, SIM tool, serta Adapter pengecas dengan kuasa output 5V/2A.

Reka Bentuk

Warna Navy Blue

Seperti yang kami kata tadi, Honor Play direka dengan tubuh badan logam sepenuhnya. Mungkin ada yang kata peranti ini agak ketinggalan kerana tidak menggunakan panel gelas yang tampak lebih premium. Salah satu sebab Honor tidak menggunakan panel gelas ialah panel gelas bukan bahan yang sesuai untuk mengurangkan haba dengan cepat selain dapat mengurangkan kos buatan.

Kedudukan pengimbas cap jari yang ergonomik
Binaan kerangka yang berkualiti

Kita lihat saja pada peranti permainan mudah alih terkini seperti ASUS ROG, Razer Phone, Xiaomi Black Shark, kesemuanya dibina menggunakan bahan logam. Selain itu, ke bahagian butang fizikal pula Honor telah meletakkan butang suara dan kunci sebaris di sebelah sisi kanan kerangka. Semasa bermain, jari kami mudah menekan butang kunci tanpa sengaja.

Skrin

Panel IPS LCD yang terang dan tajam

Honor Play lengkap dengan skrin bersaiz besar 6.3-inci FHD+. Resolusi yang dipaparkan pula mencapai 2340 x 1080 piksel menjadikan pengalaman permainan dan menonton lebih mengasyikkan. Walaupun skrin ini bertakuk, apabila permainan PUBG Mobile dilancarkan, takuk ini akan disembunyikan sekaligus menjadikan landskap permainan dioptimumkan secukupnya. Daripada segi lain, bezel pada Honor Play tidaklah begitu tebal dan pada harga yang ditawarkan ia sudah cukup sempurna.

Fungsi split-screen yang sangat berguna pada masa kini

Satu fungsi menarik yang terdapat pada Honor Play ialah Smart Rotate dimana skrin akan berputar mengikut arah muka. Misalnya anda sedang menonton video dalam keadaan skrin menegak ia akan kekal walaupun anda sedang mengereng.

Pemproses

Dalam memastikan Honor Play terus beroperasi dengan lancar dan pantas, ia telah dikuasakan cipset Kirin 970 yang kita sedia maklum dimana ia ialah cip terbaik daripada Huawei setakat ini. Peranti ini telah diintegrasi dengan sistem perisian GPU Turbo buat pertama kalinya. Pihak Honor turut memaklumkan melalui teknologi GPU Turbo, Honor Play dapat memproses sistem grafik dan kadar bingkai lebih optimum khas PUBG Mobile dan Mobile Legends. Untuk permainan lain ia masih lagi belum dikemas kini dengan teknologi GPU Turbo.

Menggunakan AnTuTu dan GeekBench 4

Bagi mengetahui sejauh mana kemampuan peranti ini, kami telah lakukan beberapa ujian penanda aras dan mendapati skor yang berjaya direkodkan agak baik sekali setanding peranti Huawei P20. Bagaimanapun sepanjang permainan PUBG Mobile, kami tidak dapat merasai pengalaman 4D Gaming seperti yang digempar-gempurkan pada majlis pelancaran tempoh lalu. Setelah beberapa jam kami masih tidak dapat menerima sebarang efek gegaran untuk setiap senjata seperti yang dikhabarkan. Bagi kami pengalaman bermain masih lagi sama seperti peranti lain. Cuma bunyi 3D Sound sahaja yang boleh didengari semasa menggunakan fon telinga.

Storan Tambahan

Peranti ini tidak menyokong kalis air dan debu

Honor Play yang didatangkan dengan storan seluas 64GB turut menyokong kad microSD. Storan ini memadai kepada mereka yang tidak selalu mengambil gambar dan video. Kehadiran slot hibrid telah kami gunakan untuk memasukkan kad SIM yang kedua malah kedua-dua SIM juga menyokong rangkaian 4G.

OTG disambungkan melalui port USB Type-C

Selain daripada itu, Honor Play boleh disambungkan dengan storan luaran OTG untuk pemindahan fail ataupun memainkan kandungan yang ada.

Kamera

Honor Play bukanlah peranti yang memfokuskan penggambaran namun kamera pada peranti ini bukan calang-calang. Ia menggunakan teknologi AI Camera menerusi sensor 16MP dan 2MP serta kamera depan 16MP. Kami merasakan walaupun ada kelebihan pada AI, ia tidaklah sehebat peranti Honor 10. Kamera depan pula tiada akses AI cuma diberikan 3D Portrait Lighting. Tetapi, perlu kita faham ia sebuah telefon pintar permainan bajet.

Antaramuka

Wallpaper yang bertemakan gaming
Pilihan wallpaper yang menarik

Honor Play dioperasikan oleh EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo. Pada versi EMUI terbaharu ini apa yang kami perasan ialah wallpaper yang disediakan lebih banyak berbanding versi terdahulu. Kini kami tidak perlu lagi ke Play Store untuk dapatkan aplikasi tema pihak ketiga untuk dipasang. Selain itu tiada perbezaan ketara pada versi ini dan selebihnya mungkin pada bahagian perisian.

Bateri

Proses pengecasan mengambil masa 1 jam 40 minit bersamaan dengan 100 minit

Sebuah peranti gaming tidak sepatutnya hadir dengan bateri yang kecil. Jadi, Honor Play telah dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,750mAh yang menyokong pengecasan pantas berteknologi Quick Charge. Kami telah cuba mengecas peranti menggunakan kepada pengecas Huawei SuperCharge dengan kuasa output 5V/4.5A, malangnya peranti ini tidak menyokong teknologi tersebut. Huawei SuperCharge berkuasa 22W hanya terdapat pada peranti induk Huawei sahaja.

Hasil Gambar

Pendapat TeknoRatz

WWCD!!

Pada pendapat jujur kami, Honor Play ini ialah sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki kerana harga yang ditawarkan agak mesra poket. Aspek fizikal yang berkualiti dan perkakasan dalaman yang berkuasa memang tidak padan dengan harganya. Kami yang agak ‘gila’ dengan permainan PUBG Mobile agak kagum dengan prestasi yang ditunjukkan. Bateri yang mampu bertahan serta kurang panas membuatkan kami lebih selesa untuk menghadapnya berjam-jam. Telefon bajet ini terasa seperti telefon mahal. Tetapi ada satu kekurangan yang agak menonjol ialah kadar fps semasa bermain kadang-kala tersekat mungkin disebabkan perisian. Kami mengharapkan pada masa akan datang pihak pembangun mengeluarkan satu kemas kini yang lebih optimumkan untuk peranti ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend