Honor Play Kini Dilancarkan Dengan Sokongan Teknologi GPU Turbo Untuk Meningkatkan Prestasi Permainan Comments Off on Honor Play Kini Dilancarkan Dengan Sokongan Teknologi GPU Turbo Untuk Meningkatkan Prestasi Permainan

Telefon pintar yang memfokuskan keupayaan gaming terbaik sudah menjadi satu trend yang semakin mendapat perhatian pengeluar dan ini jelas dapat dilihat melalui penawaran model khusus seperti Razer Phone, Xiaomi Black Shark, nubia Red Magic dan yang terbaru ASUS ROG Phone.

Kini honor juga tidak mahu ketinggalan apabila telah melancarkan model terbarunya iaitu honor Play yang disasarkan untuk pengguna yang mahukan sebuah telefon pintar dengan keupayaan permainan yang baik. Dari segi rekaan fizikal, honor Play menampilkan rekaan yang lebih konvensional tidak seperti peranti gaming yang lain. honor Play menyokong paparan skrin FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan nisbah 19.5:9 berukuran 6.3 inci yang memiliki rekaan takuk mirip seperti honor 10.

Walaupun dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 970, honor Play telah dilengkapi dengan teknologi GPU Turbo yang berupaya mempertingkatkan prestasi dengan lebih drastik, mengurangkan penggunaan tenaga dan dalam masa yang sama memastikan kualiti gambar yang lebih baik. Malah honor turut menjanjikan prestasi 2x lebih stabil berbanding model Xiaomi Mi 8 untuk aspek permainan.

Tidak cukup dengan itu, honor Play turut didatangkan dengan sokongan pengalaman permainan 4D yang mampu menghasilkan getaran pada peranti bergantung kepada babak permainan (sebagai contoh: letupan). Lebih menariknya, pengalaman permainan akan terasa lebih realistik dengan teknologi bunyi Histen 7.1 saluran untuk menghasilkan efek bunyi 3D.

Honor Play dengan varian RAM 4GB akan dijual pada harga CNY1,999 (kira-kira RM1,240), manakala varian RAM 6GB pula berharga CNY2,399 (kira-kira RM1,490). Telefon pintar gaming dengan harga yang kompetitif ini akan mula dijual pada 11 Jun 2018 nanti untuk pasaran di China dalam tiga warna pilihan iaitu Nebula Purple, Aurora Blue, dan Midnight Black.

Honor Play Special Cool Edition dengan sentuhan panel belakang yang lebih unik akan turut dijual mulai Julai 2018 nanti dengan harga jualan CNY2,499 (kira-kira RM1,550)

Spesifikasi honor Play:

  • EMUI 8.2 (berasaskan Android 8.1 Oreo)
  • HiSilicon Kirin 970 (GPU Turbo)
  • 64GB + RAM 4GB / RAM 6GB
  • microSD sehingga 256GB
  • 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • 157.91 x 74.27 x 7.48mm / 176g
  • Kamera utama: 16 Megapiksel (f/2.2) + 2 Megapiksel (f/2.4)
  • Kamera hadapan: 16 Megapiksel (f/2.0)
  • 3750 mAh (sokong pengecasan pantas)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, USB Type-C
  • Pilihan warna: Nebula Purple, Aurora Blue, Midnight Black

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend