HONOR Play Disahkan Tidak Akan Menerima Kemas Kini EMUI 10 Berasaskan Android 10 Comments Off on HONOR Play Disahkan Tidak Akan Menerima Kemas Kini EMUI 10 Berasaskan Android 10 371

Pada bulan lepas, HONOR telahpun mengumumkan senarai telefon pintar keluarannya yang akan menerima kemas kini EMUI. Namun jika dilihat pada senarai tersebut, model HONOR Play yang dilancarkan secara rasmi pada tahun 2018 yang lalu tidak pula tersenarai.

Berikutan daripada itu, terdapat segelintir daripada pemilik peranti itu mula mengajukan soalan di forum rasmi HONOR untuk bertanyakan tentang sokongan kemas kini EMUI 10 untuk HONOR Play dan juga HONOR 9 Lite. Berdasarkan maklum balas yang diterima, pihak HONOR telah memaklumkan bahawa kedua-dua model itu akan dinilai sama ada sesuai untuk EMUI 10 ataupun tidak.

Malangnya melalui pendedahan yang dikongsikan oleh portal HuaweiCentral, HONOR baru-baru ini telahpun mengesahkan bahawa HONOR Play tidak akan menerima kemas kini berasaskan Android 10. Perkara ini dilihat agak mengecewakan kerana HONOR Play dilihat menyokong spesifikasi yang tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan HONOR 10 mahupun siri HUAWEI P20.

Berikut adalah kenyataan yang dikongsikan oleh HONOR berhubung perkara ini:

“We regret to inform you that EMUI 10.0 / Android Q will not be available for your device due to hardware limitations as it requires higher hardware specifications for optimal performance. We appreciate your understanding and patience”

Baca juga:

Honor Play Dilancarkan Pada Harga RM1,249 Dengan Kuasa GPU Turbo

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend