Honor Play Dilancarkan Pada Harga RM1,249 Dengan Kuasa GPU Turbo Comments Off on Honor Play Dilancarkan Pada Harga RM1,249 Dengan Kuasa GPU Turbo 791

Honor Play kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia membawakan pelbagai ciri-ciri mantap setara telefon pintar kelas induk. Ia bukan sahaja lengkap dengan perkakasan dalaman yang berprestasi malah turut dijana dengan GPU Turbo untuk kuasa yang lebih efisyen khususnya dalam permainan mudah alih.

Honor Play dilengkapi skrin FullView Dislay bersaiz 6.3-inci, pemproses teratas HiSilicon Kirin 970, memori 4GB RAM, dan storan 64GB dimana turut menyokong kad microSD melalui slot hibrid di badan kerangka. Bercakap tentang GPU Turbo, ia sebenarnya mampu memberikan peningkatan dalam pemprosesan grafik sehingga 60% disamping kuasa bateri juga dapat dijimatkan sehingga 30%.

Apa yang menarik tentang peranti ini ialah ia turut menawarkan pengalaman gaming 4D yang dinamakan 4D Smart Smart Shock yang berfungsi memberikan gegaran berbeza untuk setiap senjata dalam permainan PUBG. Dalam kolaberasi dengan pembangun PUBG, Tencent, pengguna Honor Play juga dapat menikmati efek bunyi sekeliling dinamakan 3D Sound didalam permainan tersebut (fon telinga). Ciri ini sekaligus dapat memberikan pengalaman penuh kepada pemain sewaktu beraksi di medan perang. Selain itu, ciri Game Suite juga dapat menyekat sebarang notifikasi dan panggilan sewaktu aplikasi permainan dilancarkan.

Seterusnya ke bahagian lensa, ia dibekalkan dengan dwi kamera 16MP + 2MP berkuasa AI serta kamera depan menggunakan sensor 16MP yang menawarkan swafoto 3D Lighting seperti peranti Honor 10. Bateri yang dimuatkan pula ialah berkapasiti 3,750mAh juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge menggunakan sambungan kabel USB Type-C.

Honor Play diperkenalkan dengan tanda harga RM1,249 dengan pilihan warna Ultra Violet dan Navy Blue bermula 10 Ogos 2018. Sementara untuk pra-tempah pula ia dibuka pada 9 Ogos di kedai rasmi dalam talian HiHonor dan Shopee. Setiap tempahan yang dibuat juga akan menerima hadiah berupa pelindung gelas khas, sarung pelindung, kupon PUBG bernilai RM60, dan baucar Shopee bernilai RM100.

Manakala pembelian di kedai dalam talian seperti Lazada, 11street, dan Senheng boleh dibuat bermula 10 Ogos hingga 12 Ogos. Honor Malaysia juga dalam kesempatan ini mengumumkan mereka bakal mengadakan jerayawara di IOI City Mall, Putrajaya pada 10 Ogos hingga 14 Ogos untuk pengunjung mencuba sendiri peranti ini terlebih dahulu malah sesiapa yang berminat untuk beli tawaran istimewa akan diberikan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend