Honor Play + Band 3 Ditawarkan Pada Harga RM1099 Bersempena Kempen ‘Honor Fansgiving’ – Promosi Tempoh Terhad 0 239

Bersempena kempen jualan ‘Honor Fansgiving’ yang diadakan bermula hari ini (21 November) hingga 25 November nanti, Honor Malaysia telah mengadakan jualan hebat dengan menawarkan Honor Play + Honor Band 3 pada harga hanya RM1099.

Potongan harga sebanyak RM119 ini boleh dinikmati untuk tempoh terhad, dan pengguna juga boleh membeli sarung pelindung Honor Play pada harga hanya RM1 berbanding harga asal iaitu RM49.

Honor Malaysia akan turut mengadakan kempen ’72 Hours Mega Flash Sale’ yang akan bermula minggu depan iaitu 26 November hingga 28 November nanti. Sebanyak tiga model akan ditawarkan pada harga diskaun iaitu Honor 10 yang akan dijual pada harga RM1269 (RM1399), Honor 9 Lite pula boleh dimiliki pada harga RM599 (RM659), manakala Honor 7X dijual pada harga RM679 (RM849).

Lebih menariknya, pengguna juga boleh menyertai peraduan ‘Spin & Win’ bermula hari ini (21 November) hingga 28 November untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah Honor 7S, Honor Play Player Edition – Red, diskaun 10% untuk Honor 9 Lite atau Honor 10, dan juga baucar diskaun 10% untuk semua produk Honor.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend