Honor Play Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Tidak Lama Lagi – Sokong GPU Turbo Untuk Gaming Comments Off on Honor Play Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Tidak Lama Lagi – Sokong GPU Turbo Untuk Gaming 1116

Sebelum ini kami ada bawakan artikel berkenaan Honor Play yang menggunakan GPU Turbo khusus untuk bermain game bersaiz besar. Hari ini melalui Facebook Honor Malaysia, satu imej acah telah dikongsi menunjukkan syarikat ini bakal memperkenalkan sebuah peranti terbaharu kemungkinan besar Honor Play ke pasaran tempatan.

Kuat mengatakan ianya peranti Honor Play ialah imej tersebut ada perkataan ‘GPU Turbo’ dengan slogan ‘teknologi yang dasyat’. Selebihnya tidak dikongsi, dan ia mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi untuk peminat honor di Malaysia.

Honor Play sebuah telefon pintar berprestasi tinggi yang dilengkapi cipset Kirin 970 yang kini diguna pakai pada peranti Honor 10 dan Huawei P20 Pro. Kapasiti memori pula menjangkau sehingga 6GB RAM dan disokong dengan bateri sebesar 3,750mAh.

Jadi adakah kemunculan Honor Play di Malaysia bakal memberi saingan kepada peranti gaming seperti Xiaomi Black Shark, Razer Phone, dan Nubia Red Magic? Kita nantikan sehingga pelancaran kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend