HONOR Play 9A Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio P35, Android 10 Dan Bateri 5000mAh Comments Off on HONOR Play 9A Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio P35, Android 10 Dan Bateri 5000mAh

Selain model HONOR 30S, HONOR turut melancarkan satu lagi model terbaharunya untuk segmen lebih mampu milik dengan pengumuman model HONOR Play 9A di China.

Dikuasakan dengan cipset MediaTek MT6765 Helio P35, HONOR Play 9A turut menyokong RAM 4GB, ruang storan sehingga 128GB, dan juga slot kad microSD berasingan sehingga 512GB. Ia juga dioperasikan dengan antaramuka Magic UI 3.0 berasaskan Android 10.

HONOR Play 9A turut dilengkapi paparan skrin 6.3 inci TFT LCD HD+ (1600 x 720 piksel) dengan rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera depan beresolusi 8MP (f/2.0). Manakala kamera utamanya pula beresolusi 13MP (f/1.8) + 2MP (Depth, f/2.4).

Ketahanan pengoperasian HONOR Play 9A telah dijana oleh bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 10W (5V2A) menggunakan port microUSB.

Ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan hijau, HONOR Play 9A varian 4GB + 64GB dijual pada harga CNY899 (~RM548). Manakala varian 4GB + 128GB pula berharga CNY1,199 (~RM730).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend