HONOR Play 3 Hadir Dengan Kirin 710F, Kamera 48MP, Bateri 4000mAh Comments Off on HONOR Play 3 Hadir Dengan Kirin 710F, Kamera 48MP, Bateri 4000mAh

Selepas memperkenalkan HONOR 20S, peranti kedua yang dilancarkan adalah HONOR Play 3. Peranti ini membawakan spesifikasi kelas pertengahan dengan menawarkan cipset Kirin 710F, tri-kamera belakang, dan bateri 4000mAh.

HONOR Play 3 didatangkan dengan paparan berukuran 6.39-inci IPS LCD HD+ yang mana nisbah skrin-ke-kerangka mencapai 90% menerusi rekaan skrin berlubang untuk kamera depan 8MP.

Pada bahagian belakang pula, konfigurasi kamera meletakkan sensor 48MP f/1.8 + 8MP ultra-lebar + kedalaman (tidak dinyatakan MP-nya) disamping permukaan panel belakang polikarbonat dengan rekaan menawan.

HONOR Play 3 dikuasakan pemproses Kirin 710F serta dikuatkan memori 4GB atau 6GB RAM dan 64GB atau 128GB storan. Storan juga boleh diperluaskan menerusi kad microSD.

Peranti ini menyertakan sebuah bateri 4000mAh tetapi hanya menyokong pengecasan standard 10W melalui sambungan microUSB. HONOR mengatakan peranti ini boleh bertahan jika dipercikkan air kepadanya atas penarafan IP5x termasuklah kalis kepada habuk juga.

HONOR Play 3 datang dalam tiga pilihan warna Magic Night Black, Aurora Blue, dan Charm Red pada harga bermula CNY1000 (~RM586).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend