Honor Perkenalkan Gaming+ – Meningkatkan Prestasi, Kualiti Grafik, Dan Definisi Imej Comments Off on Honor Perkenalkan Gaming+ – Meningkatkan Prestasi, Kualiti Grafik, Dan Definisi Imej

Pada acara MWC 2019 yang lalu, Honor telah memperkenalkan ‘Gaming+’ pada Honor View20. Ia merupakan ciri yang membolehkan peranti meningkatkan tahap permainan mudah alih daripada segi prestasi, kualiti grafik, dan definisi imej.

Gaming+ berfungsi dengan meningkatkan kecekapan tenaga cip pemproses sebanyak 20.34%. Peningkatan chipset GPU Mali-G76 pada Kirin 980 juga mendorong ia mengoptimumkan transformasi, meningkatkan penjadualan kerja dan pengkomputeran selari. Selain itu, ia mengurangkan arahan pendua dan GPU overdraws serta meningkatkan kelajuan pemindahan data antara CPU, GPU, dan memori.

Di samping itu, GPU Kirin 980 turut berfungsi dengan lancar menggunakan teknologi penjadualan frekuensi modulasi AI. Ia berinovatif untuk meramal beban kerja serta mengawasi kadar bingkai sesaat (fps), kualiti imej, dan input skrin sentuh dalam masa nyata, dan bijak mengenal pasti kemunculan prestasi.

Daripada segi permainan, teknologi AI baharu ini dapat meningkatkan ketepatan ramalan beban setiap bingkai sehingga 30% – lebih baik berbanding kaedah tradisional. Ciri utama lain adalah pengoptimuman GPU, meningkatkan kualiti imej, dan mengurangkan penggunaan kuasa. Tingkat taraf ini juga berupaya untuk memainkan permainan dalam definisi tinggi, mencapai kontras yang lebih baik, tahap kecerahan yang lebih tinggi, serta menawarkan palet warna yang lebih luas.

Hasil daripada peningkatan Gaming+, versi Fortnite Vulkan juga boleh disokong pada HONOR View20. Ia menawarkan pengalaman yang lebih cepat dan lancar kepada pengguna disamping membolehkan pengguna menikmati kejelasan yang lebih baik sepanjang permainan.

Buat masa ini permainan mudah alih popular seperti Speed ​​QQ dan Arena of Valor telah dioptimumkan untuk menyokong ciri definisi tinggi Gaming+ ini. Pendek kata, dengan ciri Gaming+ ia menjadikan Honor View20 sebuah telefon pintar yang berkuasa setakat ini daripada Honor.

Pada masa sama, Honor turut mendapat pengiktirafan daripada beberapa media antarabangsa semasa acara MWC 2019 yang lalu – rata-rata kagum dengan teknologi yang hadir pada Honor View20.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend