Honor Note 10 Nampaknya Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi – Poster Acah Mula Dikeluarkan Comments Off on Honor Note 10 Nampaknya Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi – Poster Acah Mula Dikeluarkan

Desas-desus yang mengatakan Honor bakal melancarkan telefon pintar dibawah siri terbaharu, Note nampaknya menjadi lebih hangat apabila hari ini di arena sesawang tersebar satu poster acah mengenai Honor Note 10.

Poster berkenaan melihatkan tulisan berbahasa Cina, jadi ia mungkin akan dilancarkan di China terlebih dahulu. Menurut sumber, Honor telah memilih Beijing sebagai lokasi pelancaran. Honor juga tidak bercadang untuk memperkenalkan Honor Note 9 sebaliknya memilih nombor seterusnya iaitu 10.

Beberapa hari lepas, kami ada kongsikan maklumat tertiris mengatakan Honor Note 10 akan dilengkapi skrin besar bersaiz 6.9-inci beresolusi 2K berteknologi AMOLED. Selain itu, pemproses yang berprestasi seperti Kirin 970 turut akan diguna pakai. Menariknya, integrasi GPU Turbo juga akan dimuatkan bersama disamping bateri berkapasiti 6,000mAh.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend