Honor Note 10 Disahkan Hadir Dengan Bateri 5,000mAh Comments Off on Honor Note 10 Disahkan Hadir Dengan Bateri 5,000mAh

Sejak kebelakangan ini banyak cerita kita dengar mengenai Honor Note 10. Khabarnya telefon pintar ini didukung dengan spesifikasi serba mantap selain menyokong GPU Turbo untuk gaming. Kini, tersebar pula poster Honor Note 10 akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Poster rasmi yang dikongsi kali ini nampaknya berimejkan bongkah ais dengan perkataan cool. Kalau anda ada baca artikel sebelum ini mengenai pengumuman tarikh pelancaran, poster tersebut juga mengandungi perkataan cool. Jadi, pada hemat kami telefon pintar ini mungkin akan menggunakan sistem penyejukan cecair dalaman. Tidak mustahil kerana reka bentuk telefon pintar ini sudah disahkan berbadan besar.

Honor Note 10 sebuah peranti dalam kategori phablet yang menawarkan skrin 6.95-inci, cip pemproses Kirin 970, memori sehingga 6GB RAM dan ia akan dilancarkan di China secara rasmi pada 31 Julai ini, iaitu berbaki empat hari sahaja lagi.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend