Honor Note 10 Dengan Skrin Super AMOLED 6.9 Inci Telah Disahkan Kehadirannya Oleh Presiden Honor Sendiri Comments Off on Honor Note 10 Dengan Skrin Super AMOLED 6.9 Inci Telah Disahkan Kehadirannya Oleh Presiden Honor Sendiri

Pada bulan Jun yang lepas, George Zhao selaku Presiden honor pernah mengeluarkan kenyataan untuk memperkenalkan model terbaru honor Note 10 yang memfokuskan pada aspek paparan skrin besar. Sebenarnya siri honor Note ini bukanlah baru pertama kali diperkenalkan di pasaran kerana sebelum ini honor pernah melancarkan honor Note 8 pada tahun 2016 yang lalu.

Selepas menyepi hampir dua tahun, honor kini telah bercadang untuk mengembalikan semula siri tersebut pada tahun ini dengan kehadiran honor Note 10. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Presiden honor iaitu George Zhao melalui akaun rasmi Weibo miliknya pada hari ini. Berbeza dengan generasi sebelum ini, honor Note 10 dipercayai menyokong skrin lebih besar berukuran 6.9 inci menggunakan panel Super AMOLED.

honor Note 10 akan dikuasakan dengan pemproses Kirin 970 dan dipercayai akan turut menyokong teknologi GPU Turbo sama seperti model honor 10 GT yang baru sahaja dilancarkan di China. Sungguhpun begitu, buat masa ini honor masih lagi belum mendedahkan spesifikasi dan juga tarikh pelancarannya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend