Honor Mengacah Honor 20i Dan MagicBook – Akan Dilancarkan Pada 17 April Ini Comments Off on Honor Mengacah Honor 20i Dan MagicBook – Akan Dilancarkan Pada 17 April Ini

Honor didakwa bakal mengadakan majlis pelancaran telefon pintar terbaharu di bawah siri Honor 20 pada penghujung bulan ini. Kini pihak Honor dilihat telah mengacah untuk memperkenalkan Honor 20i sebelum pelancaran ketiga-tiga peranti tersebut di China pada 17 April ini.

Video acah yang diterbitkan oleh Honor di laman Weibo turut melihatkan peranti dengan kamera depan di bahagian tengah melalui rekaan titisan air. Ia menggunakan sensor 32 Megapiksel yang dilihat lebih kurang sama seperti yang terdapat pada Huawei Nova 4e.

Tiada petunjuk yang jelas dalam video berkenaan mengenai spesifikasi peranti tetapi khabarnya peranti ini akan dilengkapi sistem tri-kamera belakang. Memandangkan ia akan diperkenalkan di China, tidak diketahui lagi adakah Honor 20i akan dibawa masuk ke pasaran lain termasuk Malaysia.

Pada masa sama Honor telah berkongsi poster acah menunjukkan sebuah laptop yang dinamakan MagicBook 2019. Daripada segi reka bentuk, tidak dinafikan ia agak serupa dengan Huawei MateBook D yang dilancarkan di Malaysia pada akhir tahun lalu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend