Honor Menawarkan Hadiah Percuma Dengan Setiap Pembelian Telefon Pintar Terpilih – 4 Hingga 14 Februari Comments Off on Honor Menawarkan Hadiah Percuma Dengan Setiap Pembelian Telefon Pintar Terpilih – 4 Hingga 14 Februari 861

Jika anda merancang untuk membeli telefon pintar baharu, Honor Malaysia akan menganjurkan promosi hebat bermula 4 hingga 14 Februari ini bersempena ‘Hari Kekasih’ yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pada 12 hingga 14 Februari, eksklusif di hihonor.com/my/, Sepanjang tempoh promosi ini berlangsung, anda boleh memiliki Honor 10 Lite Shiny Red (3GB + 64GB) dan Honor 10 Lite Sky Blue (3GB + 32GB), beserta dua pasang Honor Band 4 Running (dalam warna Red dan Green) pada harga hanya RM1,437 berbanding harga asal RM1,706.

Selain daripada itu, Honor Malaysia turut menjanjikan pelbagai tawaran menarik untuk setiap pembelian telefon pintar terpilih sepanjang tempoh promosi itu berlangsung seperti berikut:

  • Honor 8X Red Edition → RM949 (Percuma Honor Band 3)
  • Honor 8X (Black) → RM949 (Percuma Honor AM61 Bluetooth Earphone)
  • Honor 10 Lite 3GB + 32GB (Midnight Black/Sky Blue) → RM699 (Diskaun RM50)
  • Honor View20 6GB + 128GB (Sapphire Blue/Midnight Black) → RM1,999 (Percuma Honor Band 3 Black)
  • Honor View20 8GB + 256GB (Phantom Blue) → RM2,499 (Percuma Honor Band 3 Black)
  • Honor Band 4 (Black) → RM149 (*Baucar RM20 untuk pembelian di hihonor)
  • Honor Band 4 Running (Red/Green) → RM79 (*Baucar RM20 untuk pembelian di hihonor)

* Boleh digunakan dengan pembelian minimum RM700

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend