HONOR Malaysia Umum Senarai 9 Peranti Yang Menerima Kemas Kini Magic UI 2.1 Dan EMUI 9.1 Bermula Ogos 2019 Comments Off on HONOR Malaysia Umum Senarai 9 Peranti Yang Menerima Kemas Kini Magic UI 2.1 Dan EMUI 9.1 Bermula Ogos 2019 615

Buat masa ini hanya Honor 9 Lite sahaja yang menjadi satu-satunya telefon pintar daripada jenama HONOR yang telah menerima kemas kini EMUI 9.1 bermula 12 Jun 2019. Menariknya semalam HONOR Malaysia dengan rasminya telah mendedahkan 9 lagi model telefon pintar keluarannya yang akan menerima kemas kini baharu itu.

Melalui akaun rasmi Facebook HONOR Malaysia, ketersediaan kemas kini Magic UI 2.0 sudahpun mula tersedia untuk dimuat turun pada HONOR View20. Manakala 8 lagi model lain iaitu HONOR 7X, HONOR View 10, HONOR 8X, HONOR 10 Lite, HONOR 20 Lite, HONOR Play, HONOR 10, dan HONOR 8 Pro pula akan menerima kemas kini Magic UI 2.1 atau EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Sungguhpun begitu, tarikh spesifik ketersediaan kemas kini itu tidak pula didedahkan dan apa yang pasti, penerimaan kemas kini baharu ini akan diterima secara berperingkat-peringkat bergantung kepada model yang digunakan.

Baca juga:

Pemilik Honor 9 Lite Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Berasaskan Android 9.0 Pie

[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend