HONOR Malaysia Umum Penurunan Harga Untuk HONOR 20 PRO, HONOR 20 Dan HONOR 20 Lite Comments Off on HONOR Malaysia Umum Penurunan Harga Untuk HONOR 20 PRO, HONOR 20 Dan HONOR 20 Lite 155

Bermula hari ini, HONOR Malaysia telah mengumumkan harga baharu untuk siri HONOR 20 untuk peminat jenama HONOR di negara ini. Dilancarkan secara rasmi pada Mei 2019, HONOR 20 Pro kini ditawarkan pada harga RM1,999 (RM2,299), HONOR 20 pula berharga RM1,399 (RM1,699), dan HONOR 20 Lite pula dijual pada harga hanya RM799 (RM999).

Menariknya sebagai sebahagian daripada kempen ‘HONOR Rileks, Beli Je!’, setiap pembelian HONOR 20 Pro dan juga HONOR 20 akan turut menerima jaminan waranti tambahan sehingga 2 tahun secara percuma. Kempen ini sah sehingga 31 Disember 2019 nanti, dan jaminan waranti tambahan 1 tahun ini boleh ditebus melalui aplikasi HiCare dalam tempoh tujuh hari selepas pembelian.

Harga jualan rasmi baharu ini boleh dinikmati di semua platform termasuklah di kedai fizikal HONOR Experiential Store (HES), ataupun secara atas talian di Hihonor, Shopee, Lazada dan juga semua kedai HONOR.

Baca juga:

HONOR 20 Pro Dalam Warna ‘Icelandic Frost’ Akan Dijual Bermula 21 September Pada Harga RM2,299

[Ulasan] HONOR 20 Pro – Kelebihan Dan Kekurangan Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Peranti Ini?!

HONOR 9X Berharga RM999 Akan Mula Dijual Pada 28 November, Percuma HONOR Band 5 Sport Dan Kotak Hadiah

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend