
Sekiranya anda bercadang untuk memiliki telefon pintar baharu keluaran HONOR, kini merupakan masa yang terbaik untuk berbuat demikian kerana HONOR Malaysia telahpun mengumumkan penurunan harga jualan rasmi untuk 7 model keluarannya seperti berikut:
Model | Harga RRP | Harga Baharu (bermula 1 Mei 2020) |
HONOR 20 | RM 1,199 | RM 1,099 |
HONOR 20 Lite | RM 799 | RM 699 |
HONOR 9X | RM 999 | RM 899 |
HONOR 8X Max | RM 899 | RM 829 |
HONOR 8A | RM 499 | RM 469 |
HONOR 8S | RM 399 | RM 369 |
HONOR 7S | RM 329 | RM 299 |
Harga jualan baharu ini akan berkuat kuasa bermula hari ini (1 Mei 2020) dan ia boleh dimiliki melalui jualan atas talian di hihonor, Shopee, Lazada dan juga kedai fizikal HONOR Experience Stores (HES) ataupun pengedar sah di seluruh negara.
Promosi Fantastik Raya Bersama
Bermula 1 hingga 24 Mei 2020, HONOR Malaysia turut menganjurkan promosi ‘Fantastik Raya Bersama’ yang menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik. Antaranya termasuklah peluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM100, diskaun sehingga RM200, dan juga hadiah percuma menarik untuk pembelian produk terpilih.