Honor Malaysia Nak Bawa Masuk Telefon Pintar Apa Pula Selepas Ini? Comments Off on Honor Malaysia Nak Bawa Masuk Telefon Pintar Apa Pula Selepas Ini? 582

Melalui perkongsian Honor Malaysia hari ini di laman sosial, mereka telah memuat naik satu imej acah yang memperlihatkan sesuatu yang baharu akan tiba ke Malaysia. Menggunakan kapsyen “Adakah anda sudah bersedia untuk melepasi batasan?”, kami menjangkakan ia sebuah telefon pintar yang akan diperkenalkan tidak lama lagi untuk pengguna tempatan.

Di dalam ruangan komen, ada pengikut yang mendakwa ia mungkin merupakan Honor 8X versi baharu dengan warna Phamtom Blue. Ini tidak mustahil kerana berdasarkan imej acah, peranti nampaknya didatangkan dengan rekaan takuk yang hampir sama dengan Honor 8X malah warna garisan dengan pangkah ‘X’ juga ditonjolkan dengan warna cerun.

Ada yang berpendapat Honor mungkin memberi petunjuk kepada Honor 8X Max. Pada kami ia mungkin tidak tepat kerana takuk Honor 8X Max hadir dengan rekaan titisan air. Jika benar Honor 8X Phamtom Blue akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, ia menjadikan kita antara negara yang terawal menerima peranti ini selepas pengumumannya di China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend