HONOR Malaysia Mula Mengacah Kemunculan HONOR 9X PRO Dengan Sokongan Kirin 810 Comments Off on HONOR Malaysia Mula Mengacah Kemunculan HONOR 9X PRO Dengan Sokongan Kirin 810

Hari ini HONOR Malaysia telah mula berkongsi imej acah yang menyaksikan kemunculan HONOR 9X PRO melalui laman rasmi Facebook miliknya.

Walaupun tidak mendedahkan nama modelnya, imej acah itu telah mendedahkan sokongan cipset Kirin 810 dan juga bayangan rekaan kamera depan jenis terangkat yang sama seperti HONOR 9X.

Sungguhpun begitu, buat masa ini HONOR Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut berhubung tarikh pelancaran, harga dan juga varian yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Sebagai rujukan, HONOR 9X PRO sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di China dalam dua warna pilihan iaitu Phantom Purple dan Night Black. Varian 8GB + 128GB dijual pada harga CNY2,199 (~RM1,304) dan varian 8GB + 256GB pula berharga CNY2,399 (~RM1,423).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend