HONOR Malaysia Mengumumkan Program Penukaran Bateri RM99 Untuk 10 Model Terpilihnya Comments Off on HONOR Malaysia Mengumumkan Program Penukaran Bateri RM99 Untuk 10 Model Terpilihnya 240

Jika semalam Huawei telah mengumumkan program penukaran bateri pada harga RM99 (termasuk upah pemasangan), hari ini HONOR Malaysia turut menawarkan program yang sama untuk 10 model terpilih keluarannya.

Bermula hari ini (8 April) hingga 7 Mei 2019 nanti, pemilik peranti HONOR terpilih boleh membuat penukaran bateri pada harga promosi tersebut, dan proses penukaran boleh dibuat di 17 buah pusat servis HONOR yang sah di seluruh negara. Berikut adalah senarai 10 model HONOR yang layak menikmati promosi penukaran bateri ini:

  • HONOR 4C
  • HONOR 4X
  • HONOR 5C
  • HONOR 5X
  • HONOR 6
  • HONOR 6X
  • HONOR 6A Pro
  • HONOR 7X
  • HONOR 8
  • HONOR 10

→ Nikmati promosi penukaran bateri ini di Pusat Servis HONOR yang sah!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend