Honor Malaysia Mengesahkan Sokongan Lensa Sudut Lebar Untuk Peranti Tiga Kamera Baharunya Nanti Comments Off on Honor Malaysia Mengesahkan Sokongan Lensa Sudut Lebar Untuk Peranti Tiga Kamera Baharunya Nanti

Pada penghujung bulan Mac 2019 yang lepas lagi, Honor Malaysia telah berkongsi imej acah berhubung penawaran telefon pintar pertamanya dengan sokongan tiga lensa. Sungguhpun begitu, tiada sebarang maklumat berhubung peranti itu, terutamanya sokongan tiga lensanya didedahkan kepada umum.

Hari ini Honor Malaysia sekali lagi berkongsi satu lagi imej acah yang mengesahkan sokongan lensa sudut lebar (wide angle) pada salah satu daripada tiga lensa yang akan disokong pada peranti terbaharunya itu nanti. Perkara ini telah disahkan lagi melalui perkongsian tiga keping gambar yang agak lebar dengan kehadiran perkataan ‘WIDE’ yang telah dikongsikan kepada media tempatan.

Penyediaan lensa sudut lebar ini sememangnya menjadi pilihan pengguna kerana ia sangat membantu dalam mendapatkan hasil gambar pemandangan yang memerlukan sudut penggambaran yang lebih luas. Honor Malaysia akan mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung peranti tiga kamera itu pada masa akan datang.

Baca juga:

Honor Malaysia Mengacah Akan Membawa Masuk Peranti Tri-Kamera Tidak Lama Lagi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend