Honor Malaysia Mengacah Akan Membawa Masuk Peranti Tri-Kamera Tidak Lama Lagi Comments Off on Honor Malaysia Mengacah Akan Membawa Masuk Peranti Tri-Kamera Tidak Lama Lagi

Honor View20 merupakan peranti mercu yang membawakan kamera utama sebesar 48 Megapiksel. Dwi-kamera belakangnya turut menawarkan satu lensa utama dan dua lensa yang dipanggil ToF (time-of-flight). Bagaimanapun, Honor ketika ini masih lagi ketinggalan dalam penawaran peranti tri-kamera.

Jadi, untuk tidak ketinggalan dalam mengejar trend semasa, Honor hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal memperkenalkan telefon pintar tri-kamera pertama tidak lama lagi di Malaysia. Ini juga adalah berita baik buat peminat di negara ini. Namun begitu, mereka tidak menyatakan lebih lanjut berkenaan peranti.

Kita boleh menjangka peranti ini akan dilengkapi kombinasi kamera daripada lensa ultra-lebar, telefoto, dan utama. Sementara pada kamera depan, ia mungkin dipadankan dengan skrin berlubang melalui teknologi All-View Display.

Apa-apapun kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya daripada mereka dalam masa terdekat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend