HONOR Malaysia Dan SPAO Anjur Peraduan ‘#HONOROOTD Fitting Room Challenge’ Di Instagram Comments Off on HONOR Malaysia Dan SPAO Anjur Peraduan ‘#HONOROOTD Fitting Room Challenge’ Di Instagram 281

HONOR Malaysia dan jenama pakaian dari Korea iaitu SPAO, sebelum ini telahpun menjalinkan kerjasama strategiknya untuk sama-sama menembusi pasaran pengguna dari kategori berbeza. Menariknya melalui kerjasama itu, SPAO telah memberi peluang kepada pengguna di Malaysia untuk mempamerkan kreativiti dan juga citarasa fesyen mereka melalui peraduan ‘#HONOROOTD Fitting Room Challenge’.

Bermula 1 September hingga 29 September 2019, pengguna yang berminat boleh mengunjungi cawangan SPAO di Pavilion, Sunway Velocity, ataupun IOI City Mall untuk mengambil bahagian cabaran ini untuk peluang memenangi hadiah istimewa daripada HONOR Malaysia dan juga SPAO.

  • Hadiah Utama – 1x HONOR 20 dan baucar tunai SPAO bernilai RM500
  • Tempat Kedua – 1x HONOR 20 Lite dan baucar tunai SPAO bernilai RM300
  • Tempat Kedua – 1x HONOR 10 dan baucar tunai SPAO bernilai RM100

Syarat-syarat peraduan ‘#HONOROOTD Fitting Room Challenge’:

  • Lawati mana-mana cawangan SPAO yang mengambil bahagian dan cari stiker peraduan unik yang ditampalkan pada cermin dalam bilik acu (fitting room).
  • Ambil gambar OOTD di depan cermin dalam bilik acu tersebut, dan pastikan stiker kelihatan di dalam gambar yang diambil.
  • Muat naik gambar di Instagram dengan memasukkan tanda pagar #HONORxSPAO #HONOROOTD #SPAOMY, dan tag @honormalaysia serta @spao_my pada gambar.
  • Pastikan perkongsian itu disetkan sebagai ‘Public’.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend