HONOR Malaysia Bekerjasama Dengan The Alley Untuk Lancar Minuman Edisi Terhad ‘Capture Wonder’ Comments Off on HONOR Malaysia Bekerjasama Dengan The Alley Untuk Lancar Minuman Edisi Terhad ‘Capture Wonder’ 211

Hari ini HONOR Malaysia secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan jenama ‘bubble tea’ terkenal iaitu The Alley, bersempena meraikan ketibaan HONOR 20 Pro untuk pasaran tempatan. Melalui jalinan kerjasama itu, The Alley akan memperkenalkan air minuman edisi terhad iaitu ‘Capture Wonder’.

Minuman teh istimewa ini menerima sentuhan warna ikonik panel belakang HONOR 20 Pro dan ia akan ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu bermula 15 Ogos hingga 14 September 2019 nanti. Ditawarkan di bawah siri minuman Aurora keluaran The Alley, pemilik peranti HONOR 20 Pro boleh menebus diskaun 50% untuk minuman ‘Capture Wonder’ ini.

Untuk menebus tawaran tempoh terhad ini, anda hanya perlu menunjukkan HONOR 20 Pro di mana-mana cawangan The Alley. Walaupun hanya satu penebusan diskaun boleh diperolehi dengan satu transaksi, pemilik HONOR 20 Pro boleh membuat beberapa penebusan melalui transaksi berasingan.

HONOR 20 Pro akan mula dijual pada 15 Ogos 2019 nanti pada harga RM2,299, dan setiap pembelian peranti itu akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM500. Ia tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Phantom Black dan Phantom Blue, yang menampilkan panel kaca dengan sentuhan Dynamic Holographic.

Baca juga:

HONOR 20 Pro Akan Dijual Di Malaysia 15 Ogos Ini Pada Harga RM2,299

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend