HONOR MagicWatch 2 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Dalam Varian 46mm Pada 18 Disember 2019 Comments Off on HONOR MagicWatch 2 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Dalam Varian 46mm Pada 18 Disember 2019

Hujung bulan November yang lalu HONOR baru sahaja melancarkan jam tangan pintar generasi keduanya iaitu HONOR MagicWatch 2 di China, serentak dengan pelancaran siri HONOR V30.

Nampaknya peminat HONOR di negara ini tidak lagi perlu menunggu lama untuk menyaksikan kemasukan jam tangan pintar baharu itu, kerana ia telah disahkan akan diperkenalkan pada 18 Disember 2019 nanti. Berdasarkan jemputan media yang kami terima, HONOR Malaysia akan membawa masuk MagicWatch 2 dalam saiz 46mm.

HONOR MagicWatch 2 menampilkan paparan skrin AMOLED berukuran 1.39 inci dengan resolusi 454 x 454 piksel, dan hadir dalam saiz berukuran 45.9 x 45.9 x 10.7mm. Dilengkapi dengan sambungan Bluetooth 5.1, ia turut dijana oleh bateri berkapasiti 455mAh dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari.

HONOR MagicWatch 2 sebelum ini diperkenalkan dalam varian 46mm dan 42mm.

Bagi mengetahui harga dan juga tarikh jualan HONOR MagicWatch 2 di Malaysia, sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya yang akan berlangsung pada minggu depan.

Baca juga:

HONOR MagicWatch 2 Dilancarkan Dengan Kerangka Keluli Tahan Karat Dan Hayat Bateri 14 Hari

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend