HONOR MagicBook Menawarkan Bateri Sepanjang Hari Disamping Harga Yang Kompetitif Comments Off on HONOR MagicBook Menawarkan Bateri Sepanjang Hari Disamping Harga Yang Kompetitif

Pasaran komputer riba Malaysia tidak lama lagi akan menerima ahli baharu yang mana HONOR Magicbook telah sah akan dilancarkan di negara ini pada 7 April 2020.

HONOR MagicBook pertama kali diperkenalkan kepada umum ialah pada bulan November yang lalu di China. Selepas beberapa bulan dipasarkan di sana, Malaysia telah dipilih sebagai antara negara yang terawal di luar China untuk menerimanya.

Selain memberi saingan kepada jenama lain, kehadiran MagicBook juga adalah sebahagian daripada strategi HONOR dalam memperluaskan ekosistem mereka. Strategi IoT Intelligent Lifestyle yang dibawakan ialah merujuk kepada integrasi ekosistem yang terdiri daripada telefon pintar, lapan kategori produk sambungan tambahan, dan pelbagai jenis peranti berkaitan pihak ketiga.

Melalui siri MagicBook, HONOR dapat menunjukkan komitmen mereka dalam mewujudkan persekitaran IoT seiring dengan teknologi inovasi daripada pelbagai barisan produk untuk dunia terus berhubung.

HONOR MagicBook bukanlah komputer riba yang ‘biasa-biasa’ malah keupayaannya juga tidak patut dipandang enteng. MagicBook hadir dengan ciri-ciri menarik yang mampu melengkapkan kehidupan mobiliti anda.

Terdapat lima perkara utama yang menjadi imej tumpu pada MagicBook yang mana kemungkinan ia boleh membuatkan anda berasa mahu memilikinya. Jadi, teruskan membaca untuk ketahui apakah lima kunci penjualan komputer riba ini.

Pengecasan Pantas USB-C 65W

Komputer riba ini tidak memerlukan adapter kuasa bersaiz besar untuk dicas semula sebaliknya ia hanya dibekalkan dengan pengecas bersaiz kompak terus dari kotak.

Jika anda membeli komputer riba ini, anda akan terima satu pengecas 65W berserta satu kabel USB-C. Melaluinya, MagicBook anda boleh dicas dengan pantas yang mana pengecasan bateri sehingga 40% hanya mengambil masa cuma 30 minit sahaja. Dengan saiz pengecas yang kompak, ia mudah dibawa bersama ke mana anda pergi tanpa rasa terbeban.

Apa yang menarik lagi, jika anda menggunakan telefon seperti HONOR 20 Pro, anda juga boleh menggunakan pengecas yang sama untuk mengecas peranti. Anda tidak perlu risau mengenai kuasa yang disalurkan kerana pengecas ini mampu mengenal pasti kuasa yang diperlukan untuk peranti yang telah disambung padanya.

Bateri Sepanjang Hari

Selain daripada menyediakan teknologi pengecasan pantas, HONOR MagicBook juga turut dimuatkan bateri berkapasiti besar. Bateri berketumpatan tenaga yang tinggi 56Wh ini nampaknya mampu menawarkan masa penggunaan yang panjang contohnya dari pagi anda masuk ke pejabat hingga tamat waktu bekerja di sebelah petang atau dari mula kelas kuliah hinggalah bila tiba waktu belajar berkumpulan pada sebelah malam.

Menurut HONOR, komputer riba ini dapat menawarkan sehingga 10 jam penggunaan tanpa gangguan yang mana untuk sekali pengecasan penuh, pengguna dapat 10 jam dalam melakukan kerja-kerja pejabat, 9.5 jam untuk main semula video berdefinisi tinggi 1080p, dan 9.4 jam jika melayari laman web.

Pemproses Berkuasa Untuk Prestasi Yang Lancar

Bagi menentukan sesebuah komputer riba itu berkuasa ataupun tidak, ianya terletak pada sistem pemproses. Dengan ini, HONOR MagicBook dilengkapi AMD Ryzen 5 3500U Mobile Processor dan grafik daripada Radeon Vega 8. Nadi kuasa ini juga disokong dengan dwi-saluran memori 8GB RAM DDR4 sekaligus dapat melicinkan serta melancarkan prestasi untuk tugas-tugas yang kompleks ataupun bermain permainan. Malahan storan sebesar 512GB SSD juga membolehkan pengguna menyimpan pelbagai jenis fail tanpa perlu menyediakan backup seperti storan luaran HDD/SSD yang perlu dibeli secara berasingan.

Kita juga tahu apabila komputer riba sedang menjalankan perisian yang berat, ianya akan menjadi panas dan mendatangkan ketidakselesaan kepada pengguna. Oleh itu, bagi melepaskan haba yang terhasil, MagicBook hadir dengan rekaan sistem penyejuk menerusi teknologi inovatif bilah berbentuk-S.

Teknologi itu kini telah dinak taraf berbanding generasi terdahulu apabila HONOR telah meningkatkan jumlah bilah kepada 49% yakni untuk aliran udara yang lebih berkesan. Walaupun bilah kipas semakin banyak, komputer riba ini masih senyap dan data menunjukkan rekaan baharu ini dapat mengurangkan bunyi dan pelepasan haba sehingga 38%.

Kombinasi ketiga-tiga sistem iaitu pemproses, memori, dan penyejuk seterusnya dapat memberikan pengguna akses yang lebih lama untuk bermain permainan tanpa sebarang masalah.

Mudah dan Selamat

Selain daripada menawarkan bateri yang besar dan perkakasan yang mantap, MagicBook juga sebenarnya mudah untuk dioperasikan. Ya, semuanya dijalankan di atas sistem operasi Windows 10 dan kami pasti anda tahu menggunakan Windows.

MagicBook didatangkan dengan sistem biometrik yang mana komputer riba ini menyediakan pengimbas cap jari di bahagian papan kekunci. Sebaik anda mendaftar jari, anda boleh mengimbas jari menggunakannya untuk menghidupkan komputer riba dengan pantas lantas dapat menjamin keselamatan komputer anda tanpa akses tidak dibenarkan oleh individu lain.

Bagi memudahkan anda menambat telefon pintar pada komputer riba tanpa menggunakan wayar, anda boleh menggunakan fungsi HONOR Magic-Link 2.0. Ciri ini berfungsi dengan lebih lancar berbanding versi sebelumnya. Pengguna kini boleh membuat kerja dari telefon pintar HONOR dan komputer riba MagicBook mereka dalam satu skrin yang sama.

Apabila telefon diletakkan di bahagian kanan bawah papan kekunci, anda akan diberikan akses untuk membuat pemindahan fail dan gambar. Melaluinya, anda boleh drag and drop fail yang ingin dipindah dari telefon untuk disunting menggunakan komputer riba. Mudah bukan!

Ringan dan Nipis

Komputer riba yang nipis serta ringan menjadi salah satu faktor pemilikan sesebuah komputer riba. Bagi menjadikan kehidupan mobiliti sentiasa bersama dengan anda, HONOR MagicBook hadir dengan reka bentuk kompak yang mana ia menawarkan paparan skrin sebesar 14-inci FHD pada tubuh 13-inci. Dengan saiz bezel yang nipis ia mampu membuatkan pengalaman menonton anda menjadi lebih imersif.

Bagi sesiapa yang berminat dengan HONOR MagicBook, anda boleh dapatkannya pada harga RM2299 mulai 8 April 2020 (12 tengah malam) untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai RM1017 seperti berikut:

  • HONOR Bluetooth Mouse
  • HONOR MagicWatch 2 46mm (siapa cepat dia dapat)
  • HONOR Backpack

Klik mana-mana kedai di bawah untuk beli HONOR MagicBook secara atas talian:

Maklumat lanjut layari www.hihonor.com/my/magicbook

penafian: advertorial ini dibawakan oleh HONOR Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend