HONOR MagicBook Dan 9X Pro Kini Ditawarkan Di Lebih Banyak Kedai Atas Talian Comments Off on HONOR MagicBook Dan 9X Pro Kini Ditawarkan Di Lebih Banyak Kedai Atas Talian

HONOR Malaysia baru-baru ini telahpun mengumumkan penambahan kedai atas talian yang menawarkan ketersediaan jualan HONOR MagicBook dan juga HONOR 9X Pro yang masing-masing akan dijual bermula 21 April dan 29 April ini.

Melalui penambahan lebih banyak kedai atas talian ini, ia mampu memberikan lebih pilihan kepada pengguna dari seluruh negara untuk mempercepatkan proses penghantaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

HONOR MagicBook berharga RM2,299 akan dijual secara rasmi bermula 21 April 2020 di semua kedai atas talian yang telah dikemaskinikan di SINI. Setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,017 iaitu HONOR MagicWatch 2 46mm, beg galas HONOR, dan juga tetikus Bluetooth.

HONOR 9X Pro berharga RM999 pula kini telah dibuka untuk pra-tempah bermula 21 hingga 28 April 2020. Pembelian melalui pra-tempah akan turut menerima hadiah percuma berupa HONOR Band 5i (RM119) dan juga Cloud Storage 50GB untuk tempoh 3 bulan.

Selain tersedia di Hihonor, Shopee dan Lazada, HONOR 9X Pro juga kini turut ditawarkan di lebih banyak penjual atas talian seperti di dalam senarai INI.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend