Honor Magic 2 Muncul Dalam Video Acah Terbaru Comments Off on Honor Magic 2 Muncul Dalam Video Acah Terbaru 720

Di pentas IFA Berlin yang lalu, Honor telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan sebuah peranti baharu Honor Magic 2 ke pasaran global tidak lama lagi. Model generasi kedua ini akan didatangkan dengan rekaan badan gelongsor seakan Oppo Find X tetapi dibuka secara manual.

Beberapa hari lepas, dilaporkan peranti ini akan diperkenalkan pada 31 Oktober dan tarikh tersebut sekali lagi muncul dalam video acah terbaru. Dalam video yang sama, reka bentuk boleh dilihat dengan lebih jelas dan pada perhatian kami peranti ini tidak hadir dengan pengimbas cap jari. Adakah ia berada dalam skrin? Kita tunggu sehingga pelancaran rasminya kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend