Honor Magic 2 Mula Terima Kemas Kini Baharu Bagi Menggantikan EMUI 9.0 Dengan Magic UI 2.0 Comments Off on Honor Magic 2 Mula Terima Kemas Kini Baharu Bagi Menggantikan EMUI 9.0 Dengan Magic UI 2.0

Honor Magic 2 telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada awal November yang lalu dengan membawakan rekaan kerangka jenis gelongsor yang menampilkan paparan skrin penuh.

Jika sebelum ini Honor Magic 2 telah dioperasikan dengan antaramuka EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, baru-baru ini ia telah mula menerima kemas kini yang membawakan antaramuka baharu yang dikenali sebagai Magic UI 2.0. Kemas kini dengan saiz fail sebesar 214MB ini telahpun mula diedarkan dan ia turut menyokong sistem keselamatan untuk bulan November.

Magic UI 2.0 ini turut membawakan warna tema, ikon dan juga jenis fon yang berbeza, sekaligus membezakan antaramuka Honor Magic 2 ini dengan model Honor yang lain. Sungguhpun menurut perkongsian di forum XDA Developers, sokongan fungsi Magic UI 2.0 dilihat masih sama seperti EMUI 9.0.

Honor Magic 2 kini sudahpun boleh dimiliki di Malaysia dalam set AP (import) melalui Mobile2Go dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, biru dan juga merah:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend