Honor Magic 2 Kini Rasmi Dengan Rekaan Gelongsor, Panel AMOLED Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Comments Off on Honor Magic 2 Kini Rasmi Dengan Rekaan Gelongsor, Panel AMOLED Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Honor kini telah mengumumkan secara rasmi telefon pintar terbaik keluarannya setakat ini dengan kehadiran Magic 2 yang baru sahaja dilancarkan di China.

Honor Magic 2 menampilkan rekaan skrin AMOLED penuh tanpa takuk berukuran 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), dan ia dikatakan menyokong nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 91.5%. Lebih istimewanya, ia juga memiliki teknologi pengimbas cap jari pada skrin.

Dikuasakan dengan pemproses paling berkuasa untuk peranti Android iaitu Kirin 980, ia dioperasikan oleh antaramuka EMUI 9.0 (kini dikenali sebagai Magic UI 2.0) berasaskan Android 9.0 Pie. Manakala bateri berkapasiti 3400 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W yang dikenali sebagai Magic Charge ini menjanjikan masa mengecas yang sangat singkat:

Masa mengecas menggunakan Magic Charge (40W):

  • 0% hingga 50% dalam tempoh 15 minit
  • 0% hingga 85% dalam masa 30 minit

Aspek penggambarannya pula telah menampilkan kamera swafoto 16MP (f/2.0) dengan sokongan dua kamera untuk mengukur kedalaman beresolusi 2MP (f/2.4), dan juga sistem face unlock menggunakan IR 3D. Kamera utamanya pula hadir dengan tiga kamera beresolusi 16MP RGB (f/1.8) + 24MP Monokrom (f/1.8) + 16MP Super Wide Angle (f/2.2).

Antara ciri-ciri kamera yang disokong:

  • AIS
  • Mod malam (handheld)
  • Mod AR
  • Mod potret 3D
  • Rakaman gerak perlahan 480fps

Lebih istimewanya, Honor Magic 2 merupakan telefon pintar pertama di dunia menyokong mod PC tanpa wayar menggunakan sambungan Miracast. Fungsi menarik lain yang disokong termasuklah dwi GPS, muat turun berkelajuan 1.7Gbps dengan sokongan cip Hi103WiFi, dwi VoLTE, Bluetooth 5.0 dan juga sambungan USB-C.

Harga dan ketersediaan:

Honor Magic 2 ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Gradient Red, Gradient Blue dan juga Gradient Black. Tiga varian standard iaitu 6GB + 128GB, 8GB + 128GB dan 8GB + 256GB akan dijual bermula 6 November. Manakala varian istimewa 3D Bionic dengan memori 8GB + 512GB serta teknologi Graphene Cooling pula akan dijual pada Disember nanti.

  • 6GB + 128GB – CNY3,799 (kira-kira RM2,282)
  • 8GB + 128GB – CNY4,299 (kira-kira RM2,583)
  • 8GB + 256GB – CNY4,799 (kira-kira RM2,883)
  • 8GB + 512GB – CNY5,799 (kira-kira RM3,484)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend