Honor Fan Fest Yang Pertama Di Malaysia Akan Diadakan Pada 21 September 2018 – Kemasukan Adalah PERCUMA Comments Off on Honor Fan Fest Yang Pertama Di Malaysia Akan Diadakan Pada 21 September 2018 – Kemasukan Adalah PERCUMA 666

Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan untuk model Honor 10 dan Honor Play di Malaysia, Honor Malaysia dengan bangganya akan menganjurkan karnival Fan Fest 2018 yang pertamanya pada 21 September ini.

Berlangsung pada jam 7 petang di Glasshouse, Seputeh, karnival yang pertama seumpamanya daripada Honor ini diadakan untuk meraikan dan menawarkan ganjaran menarik khusus untuk pemilik Honor 10 dan juga Honor Play di negara ini. Pemilik kedua-dua model ini boleh menghadirinya secara percuma.

Selain boleh beramah mesra dengan selebriti tempatan seperti Hunny Madu, Altimet, Nabila Razali dan juga DJ Elizabeth Wa, orang ramai yang hadir di dalam karnival ini akan turut berpeluang memenangi seunit Honor Play dengan menyertai pertandingan gambar kreatif. Malah Honor Malaysia akan turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seunit Honor Play dan juga seunit Honor 10.

Program

Aktiviti

Hadiah

Fan Awards

  • Most Loyal Fan
  • Most Active Honor Club Member
  • Best Attire Award (Theme: Colorful)

Hadiah Istimewa

Pertandingan ‘Snap & Win’ 1. Ambil gambar kreatif di Honor Fan Fest

2. Kongsikan gambar tersebut ke akaun Instagram dan masukkan tanda pagar #HonorFanFestMalaysia

3. Tetapkan profil Instagram sebagai ‘public’

1 unit Honor Play

Cabutan Bertuah

Anda hanya perlu menyerahkan tiket di kaunter pendaftaran untuk berpeluang memenangi cabutan bertuah

Cabutan Bertuah tamat pada jam 9.30 malam

  • 1 unit Honor Play

  • 1 unit Honor 10

Perhatian: Jadual penuh boleh dilihat dengan menggunakan mod landskap pada peranti anda.

Memandangkan karnival ini dibuka untuk orang ramai dan juga peminat Honor, anda yang berminat boleh mendaftar secara percuma di SINI. (Pemilik Honor 10 dan Honor Play tidak perlu mendaftar.)

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend