Honor Buka Tempahan Siri Honor 20 Dengan Hadiah Lumayan Comments Off on Honor Buka Tempahan Siri Honor 20 Dengan Hadiah Lumayan 194

Pelancaran siri Honor 20 di Malaysia telah dijadualkan pada 23 Mei ini melalui satu kad jemputan yang kami terima sebentar tadi. Terkini, mereka baru sahaja mengumumkan kempen pra-tempah untuk peranti tersebut dengan tawaran hadiah menarik.

Bermula 10 pagi, 24 Mei hingga 28 Mei 2019, pelanggan yang membuat tempahan untuk siri Honor 20 akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM500. Antara hadiah yang disertakan adalah beg galas Honor, pembesar suara terbaru Honor SoundStone, dan jam tangan kecergasan Honor Band 4. Pra-tempah boleh dibuat di mana-mana Honor Experience Store (HES) dan SenQ Digital Stations terpilih seluruh negara.

Menurut Honor, siri Honor 20 ini akan dijual di kedai-kedai mulai 29 Mei 2019 iaitu sembilan hari selepas pelancaran global di London pada 21 Mei 2019. Dengan pengumuman kempen ini, pengguna mungkin boleh membuat memperuntukan bajet sebelum memilikinya.

Baca juga:

Spesifikasi Penuh Empat Kamera Pada Honor 20 Pro Tertiris, Dilengkapi Lensa Makro 2MP?!

Imej Sebenar Honor 20 Pro Dikongsikan, Sokong Bezel Nipis Dengan Lubang Kamera Dalam Skrin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend