Honor Berjaya Jual Lebih 1000 Unit View 20 Sepanjang 2 Hari Jerayawara Comments Off on Honor Berjaya Jual Lebih 1000 Unit View 20 Sepanjang 2 Hari Jerayawara

Honor hari ini mengumumkan yang mana mereka telah berjaya menjual sebanyak lebih 1000 unit Honor View 20 sepanjang jerayawara tempoh hari.

Salah satu faktor yang membuatkan ia mendapat sambutan yang tinggi adalah kerana hadiah percuma yang diberikan. Pada hari tersebut, Honor menawarkan hadiah berupa jam tangan pintar terbaharu Honor Watch Magic kepada 200 pelanggan pertama mereka disamping beg galas eksklusif.

Honor View 20 mula dijual pada 26 dan 27 Januari lalu di pusat membeli-belah 1 Utama, Damansara. Honor View 20 kini dijual secara rasmi pada harga RM1999 (6GB+128GB) dan RM2499 (6GB+256GB) dengan pilihan warna Sapphire Blue, Midnight Black, dan Phantom Blue (dengan kemasan Moschino).

Sekiranya anda berminat dengan Honor View 20, ia boleh dibeli di kedai dalam talian hihonor.com.my atau di kedai fizikal terpilih hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend