HONOR Band 5 Sport Edition Akan Dijual Mulai 11 November Ini Pada Harga RM79 Comments Off on HONOR Band 5 Sport Edition Akan Dijual Mulai 11 November Ini Pada Harga RM79

Tarikh penjualan rasmi gelang pintar edisi terbaru, HONOR Band 5 Sport Edition di Malaysia telah diumumkan secara rasmi hari ini. HONOR Band 5 Sport Edition akan berada di pasaran mulai 11 November 2019 eksklusif di Lazada.

HONOR Band 5 Sport Edition hadir dengan kerangka badan yang diperbuat daripada bahan kitar semula manakala tali jam pula diperbuat daripada bahan berteknologi dynamic braided yang mana selesa untuk dipakai serta tahan lasak. HONOR Band 5 Sport Edition dipadankan dengan paparan biasa, dan bukan berwarna seperti HONOR Band 5.

Pra-tempah gelang pintar ini akan dibuka pada 28 Oktober 2019 dan pelanggan yang mahukannya perlu membayar deposit sebanyak RM11 dan bakinya sebanyak RM58 perlu dibayar pada 11 November. Untuk pengetahuan anda, ia dijual pada harga RM79 seutas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend