HONOR Band 5 Berharga RM149 Akan Diperkenalkan Dalam Tiga Warna Baharu Bermula 12 December Comments Off on HONOR Band 5 Berharga RM149 Akan Diperkenalkan Dalam Tiga Warna Baharu Bermula 12 December 70

HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran tiga warna baharu untuk model HONOR Band 5 iaitu Olive Green, Coral Pink dan juga Midnight Navy pada 12 Disember 2019 nanti. Dijual pada harga RM149, HONOR Band 5 dalam warna baharu ini boleh dimiliki pada harga promosi RM111, bersempena promosi ‘HONOR 12.12’ yang akan bermula jam 12 tengah malam pada 6 Disember 2019.

Melalui promosi ‘HONOR 12.12’, pengguna juga boleh menikmati tawaran diskaun sehingga RM650 dan juga pelbagai pakej pembelian menarik untuk peranti boleh pakai dan juga telefon pintar HONOR baharu.

Selain hitam, kini anda boleh memiliki HONOR Band 5 dalam tiga warna baharu iaitu Olive Green, Coral Pink atau Midnight Blue.

HONOR Band 5 dilengkapi dengan paparan skrin sentuh AMOLED sebesar 0.95 inci, dan juga ketahanan bateri sehingga 14 hari untuk penggunaan normal. Menariknya ia telah menerima kemas kini baharu yang menawarkan ciri pemantauan SpO2 dan juga fungsi kawalan muzik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend