Honor Band 4 Dilancarkan Dengan Sokongan Skrin AMOLED Serta Pemantauan Kadar Degupan Jantung Berterusan Comments Off on Honor Band 4 Dilancarkan Dengan Sokongan Skrin AMOLED Serta Pemantauan Kadar Degupan Jantung Berterusan

Selain melancarkan Honor 8X dan juga Honor 8X Max, Honor juga turut memperkenalkan kemunculan dua peranti boleh pakai terbarunya yang memfokuskan kepada aspek penjejakan kesihatan. Kedua-dua peranti yang dimaksudkan adalah Honor Band 4 dan juga Honor Band 4 Running Edition.

Honor Band 4 telah dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED 2.5D berukuran 0.95 inci yang berupaya memaparkan lebih banyak karakter jika dibandingkan dengan Mi Band 3. Selain daripada peningkatan pada paparan skrin berwarna, Honor Band 4 juga kini menyokong fungsi pemantauan degupan jantung secara berterusan dengan bantuan AI.

Honor Band 4 Running Edition pula hadir dengan sokongan skrin lebih kecil berukuran 0.5 inci tanpa sokongan sensor pemantauan degupan jantung. Namun apa yang menariknya, varian yang disasarkan untuk pelari ini telah didatangkan dengan aksesori khusus untuk dipasang pada kasut, bagi mendapatkan penjejakan larian yang lebih tepat.

Honor Band 4 yang diperkenalkan dalam tiga pilihan warna iaitu Coral Power, Midnight Blue dan Ochre Black akan dijual pada harga CNY199 (kira-kira RM120). Manakala Honor Band 4 Running Edition pula boleh dimiliki pada harga CNY99 (kira-kira RM60) dalam empat warna iaitu hijau, merah, merah jambu, biru dan kuning. Ia akan mula dijual pada 20 September 2018 nanti di China.

Spesifikasi Honor Band 4/Band 4 Running Edition:

  • 0.95 inci AMOLED / 0.5 inci B&W POLED
  • 100 mAh / 77 mAh
  • Sensor degupan jantung / Tiada
  • Bluetooth v4.2
  • Pedometer, Sleep tracker, Exercise tracker
  • Sensor 6-axis
  • Kalis air sehingga 50 meter (5 ATM)
  • NFC untuk pembayaran
  • Notifikasi mesej dan panggilan (fungsi senyap)
  • Sesuai dengan iOS 9.0 dan Android 4.4 KitKat
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend