Honor Band 3 Diperkenalkan Pada Harga RM119 – Bateri Tahan 30 Hari Comments Off on Honor Band 3 Diperkenalkan Pada Harga RM119 – Bateri Tahan 30 Hari

Bersama-sama pelancaran Honor 8X sebentar tadi, turut diperkenalkan sama ialah Honor Band 3. Dibawa masuk ke Malaysia, orang ramai boleh mendapatkan gelang pintar ini pada harga yang kompetitif iaitu RM119 seutas.

Atas kertas, Honor Band 3 menawarkan ketahanan bateri sehingga 30 hari untuk sekali pengecasan – perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Honor ke Malaysia, George Zhou. Seperti biasa, Honor Band 3 dilengkapi sensor denyutan nadi untuk membaca tekanan jantung.

Gelang pintar ini menawarkan rekaan yang lebih kemas dan moden. Paparan skrin PMOLED ini juga mampu memaparkan pelbagai notifikasi seperti panggilan telefon, teks mesej, peratus bateri, kiraan langkah terus daripada telefon pintar selain boleh dibawa berenang pada kedalaman air sedalam 50 meter.

Honor Band 3 ditawarkan secara percuma untuk pembelian dalam talian Honor 8X di Shopee dan HiHonor bermula 12 Oktober 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend