HONOR 9X Pro Dan MagicBook Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 April 2020 Comments Off on HONOR 9X Pro Dan MagicBook Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 April 2020

HONOR Malaysia melalui laman media sosial mereka hari ini telah memuat naik satu poster yang memperlihatkan tarikh pelancaran untuk produk terbaru iaitu HONOR 9X Pro, HONOR MagicBook, dan HONOR MagicWatch 2.

HONOR 9X Pro merupakan telefon yang hadir dengan cipset Kirin 810, kamera depan pop-naik, trikamera belakang, dan mempunyai bateri sebesar 4000mAh disamping panel belakang dengan efek warna berbentuk ‘X’.

Manakala HONOR MagicBook pula ialah komputer riba pertama keluaran HONOR yang dikuasakan pemproses AMD Ryzen 5 dengan hayat bateri yang panjang.

Dua produk ini dijangka akan diperkenalkan pada tanda harga yang kompetitif dan kita mungkin akan mendengar tawaran belian yang menarik semasa pelancaran kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend