HONOR 9X Lite Dengan Skrin 6.5″ FHD+, Kamera 48MP Dan Kirin 710F Mula Dijual Di Timur Tengah Comments Off on HONOR 9X Lite Dengan Skrin 6.5″ FHD+, Kamera 48MP Dan Kirin 710F Mula Dijual Di Timur Tengah

Buat masa ini Malaysia telahpun menerima kemasukan model HONOR 9X dan juga HONOR 9X Pro yang masing-masing ditawarkan pada harga RM899 dan RM999.

Ternyata satu lagi varian lebih mampu milik iaitu HONOR 9X Lite telah mula dijual secara rasmi untuk pasaran Timur Tengah. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Emerald Green dan Midnight Black, ia dijual pada harga EGP2,888 (~RM790) untuk pasaran di sana.

Berbeza dengan dua model sebelumnya, HONOR 9X Lite dilihat menampilkan sedikit kelainan kerana ia hadir dengan rekaan takuk yang agak lebar bagi menempatkan kamera depan beresolusi 8MP.

Malah sentuhan dwi kamera beresolusi 48MP + 2MP (Depth) juga tampil dengan rekaan yang lebih moden yang kini menjadi trend pengeluar. Dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari, panel belakangnya memiliki efek pantulan cahaya yang lebih ringkas.

Spesifikasi HONOR 9X Lite:

  • EMUI 9.1 (Android 9.0 Pie) + GPU Turbo 3.0
  • Kirin 710F (12nm)
  • 4GB + 128GB (microSD sehingga 512GB)
  • 6.5 inci IPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Blue light filter (TÜV Rheinland-certified)
  • Kamera depan: 8MP (f/2.0)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.8) + 2MP (Depth, f/2.4)
  • WiFi 802.11n, NFC, Bluetooth v4.2, microUSB
  • 3750mAh (10W)
  • 160.4 x 76.6 x 8.0mm / 188g

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend