
Hari ini HONOR dengan rasminya telahpun melancarkan dua model yang sangat dinanti-nantikan iaitu HONOR 9X dan juga HONOR 9X Pro. Berbeza dengan peranti HONOR sedia ada di pasaran, kedua-dua model ini merupakan peranti pertama daripada jenama itu yang hadir dengan rekaan skrin penuh.
Dari segi rekaan fizikal, HONOR 9X dan 9X Pro tampil sama dengan kombinasi antara kerangka logam dan juga panel belakang kaca dengan efek biasan cahaya berbentuk huruf X. Kedua-duanya menyokong paparan skrin IPS LCD penuh berukuran 6.59 inci FHD+ dengan pengiktirafan perlindungan cahaya biru pada skrin daripada TUV Rheinland.

Keupayaan kamera depan pada HONOR 9X dan 9X Pro telah dilengkapi dengan rekaan kamera depan terangkat beresolusi 16MP. Namun begitu keupayaan penggambaran HONOR 9X hanya tersedia dengan dwi kamera beresolusi 48MP (f/1.8) + 2MP (Depth sensor), berbanding tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.8) + 8MP (Super Wide Angle) + 2MP (Depth sensor) pada HONOR 9X Pro.

Dengan sokongan bateri berkapasiti 4000mAh, kedua-dua model ini telah dikuasakan dengan cipset Kirin 810 (7nm), dioperasikan oleh EMUI 9.1.1 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga sokongan pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa, sama seperti HONOR 20.
Ciri-ciri lain yang disokong oleh kedua-dua model ini termasuklah WiFi802.11ac, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, fungsi penggambaran Super Night View 2.0, penstabilan video AI, mod kecantikan AI, GPU Turbo 3.0, dan juga sokongan slot kad microSD.
Varian dan harga:
HONOR 9X:
- 4GB + 64GB – CNY1,399 (~RM837)
- 6GB + 64GB – CNY1,599 (~RM957)
- 6GB + 128GB – CNY1,899 (~RM1,136)
- Pilihan warna: Phantom Blue, Phantom Red, Magic Night Black
HONOR 9X Pro:
- 8GB + 128GB – CNY2,199 (~RM1,316)
- 8GB + 256GB – CNY2,399 (~RM1,436)
- Pilihan warna: Phantom Purple, Magic Night Black