HONOR 9X Berharga RM999 Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Bermula 28 November Comments Off on HONOR 9X Berharga RM999 Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Bermula 28 November 112

Seperti yang dijanjikan, telefon pintar kelas pertengahan terbaharu iaitu HONOR 9X sudahpun dijual secara rasmi bermula 28 November 2019 untuk pasaran tempatan. Dijual pada harga RM999, peranti ini sudahpun dibeli melalui kedai rasmi HONOR di hihonor, Lazada dan juga Shopee.

Hadiah percuma selagi stok masih ada.

Manakala pembelian HONOR 9X di kedai fizikal HONOR Experience Stores (HES) atau wakil penjual HONOR yang sah di seluruh negara pula akan bermula pada 29 November 2019.

Program Tukar-beli HONOR!

Bersempena jualan HONOR 9X ini, HONOR Malaysia turut menganjurkan program tukar-beli bagi membolehkan pemilik model telefon pintar HONOR sedia ada untuk memiliki HONOR 9X di kedai HONOR Experience Stores (HES) yang mengambil bahagian. Untuk tempoh terhad, program ini akan berlangsung pada 29 November 2019 hingga 5 Januari 2020 sahaja.

Untuk maklumat lanjut berhubung kategori gred telefon pintar dan juga kedai HONOR Experience Stores (HES) yang mengambil bahagian, anda boleh melayari hihonor

Spesifikasi HONOR 9X:

  • EMUI 9.1 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 710F
  • 6GB + 128GB ( microSD sehingga 512GB)
  • 6.59 inci HONOR FullView Display FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 48MP + 8MP (Super Wide Angle) + 2MP (Depth sensor)
  • Kamera depan: 16MP Pop-up Camera
    4000mAh (USB Type-C, 5V2A)
  • Pilihan warna: Sapphire Blue, Midnight Black

Beli HONOR 9X berharga RM999 dengan hadiah percuma di platform berikut:

Baca juga:

HONOR 9X Berharga RM999 Akan Mula Dijual Pada 28 November, Percuma HONOR Band 5 Sport Dan Kotak Hadiah

[Ulasan] HONOR 9X – Peranti Pertama HONOR Dengan Sokongan Kamera Depan Terangkat

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend