HONOR 9X Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi, Anda Berpeluang Jadi Yang Terawal Mencubanya Comments Off on HONOR 9X Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi, Anda Berpeluang Jadi Yang Terawal Mencubanya

Apabila model HONOR 8X dilancarkan untuk pasaran global, ia telah berjaya mendapat sambutan yang sangat positif di kalangan peminat jenama HONOR dari seluruh negara. Ini jelas dapat dibuktikan melalui rekod jualan melebihi 15 juta unit model ini dalam tempoh beberapa bulan selepas dilancarkan.

Hari ini HONOR Malaysia telah mengumumkan kemunculan generasi baharu untuk model itu dengan pelancaran HONOR 9X yang dikatakan akan berlangsung tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, buat masa ini tarikh spesifik untuk pelancaran HONOR 9X masuh lagi belum didedahkan kepada kami.

HONOR 9X menampilkan rekaan skrin penuh, kamera depan terangkat, tiga kamera utama dan juga dikuasakan dengan Kirin 810 (7nm).

Apa yang istimewanya, HONOR Malaysia akan memberi peluang kepada dua (2) peminat HONOR Club Early Access Program untuk menjadi yang pertama di Malaysia untuk menerima HONOR 9X sebelum ia dilancarkan secara rasmi untuk tempoh yang ditetapkan. Sekiranya anda ingin mencuba nasib untuk menjadi yang terawal di Malaysia untuk menggunakan HONOR 9X, ikuti langkah berikut:

Cara untuk menyertainya:

  1. Sekiranya anda masih belum memiliki akaun atau profil, sila daftar di https://club.hihonor.com/my/index. Bermula 15 hingga 31 Oktober, hanya kongsikan atau muat naik pautan ulasan (review) produk HONOR di ruangan komen di SINI.
  2. Setiap akaun atau profil akan layak untuk satu penyertaan.
  3. Pada 7 November, dua pemenang yang bertuah akan dipilih oleh HONOR Malaysia berdasarkan kepada kualiti ulasan yang dikongsikan.

Baca juga:

HONOR 9X Dan 9X Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 810, Skrin Penuh Dan Kamera Depan Terangkat

3 Juta Unit Siri HONOR 9X Berjaya Dijual Di China Dalam Tempoh 29 Hari Selepas Dilancarkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend