HONOR 9X Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 21 November 2019 Comments Off on HONOR 9X Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 21 November 2019

Penantian peminat jenama HONOR terutamanya model pengganti HONOR 8X yang sebelum ini telah berjaya mendapat sambutan yang sangat positif akhirnya bakal terjawab, apabila HONOR Malaysia telah mengesahkan tarikh pelancaran HONOR 9X yang akan berlangsung pada 21 November 2019.

HONOR 9X merupakan telefon pintar pertama daripada HONOR yang menampilkan rekaan kamera depan terangkat beresolusi 16MP. Ini sekaligus membolehkannya menyokong rekaan skrin penuh sebesar 6.59 inci FHD+ tanpa kehadiran takuk atau lubang kamera pada skrin. Selain itu ia juga turut menawarkan sokongan tiga kamera utama dengan lensa utama beresolusi 48MP.

HONOR 9X dan HONOR 9X Pro sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di China.

Menariknya HONOR 9X juga telah disahkan akan didatangkan dengan sokongan aplikasi pra-pasang daripada Google. Jadi bagi mengetahui harga dan juga tarikh ketersediaan jualan peranti ini di Malaysia, nantikan pelancaran rasminya pada minggu depan.

Baca juga:

HONOR 9X Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi, Anda Berpeluang Jadi Yang Terawal Mencubanya

HONOR 9X Dan 9X Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 810, Skrin Penuh Dan Kamera Depan Terangkat

Siri HONOR 9X Berjaya Menarik Minat Lebih 200,000 Pengguna Di China

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend