Honor 9 Lite Kini Mula Dijual Pada Harga RM699, Eksklusif Di Shopee Comments Off on Honor 9 Lite Kini Mula Dijual Pada Harga RM699, Eksklusif Di Shopee 313

Seperti yang kami telah kongsikan tiga hari yang lepas, honor Malaysia telah melancarkan telefon pintar empat kamera pertama keluarannya untuk pasaran tempatan dengan model honor 9 Lite.

Harga pasaran honor 9 Lite adalah RM749.

Dijual pada harga pasaran RM749, hari ini pengguna sudah boleh membuat pembelian honor 9 Lite melalui laman Shopee pada harga tawaran yang jauh lebih rendah iaitu hanya RM699 untuk tempoh terhad. 150 pembeli pertama honor 9 Lite akan turut menerima alat mekap Maybelline New York bernilai RM50 secara percuma.

honor 9 Lite dikuasakan dengan pemprosers HiSilicon Kirin 659, ruang storan 32GB, RAM 4GB, dan juga bateri berkapasiti 3,000 mAh. Terdapat dua warna pilihan ditawarkan iaitu Sapphire Blue dan juga Glacier Gray.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend