Honor 8X Muncul Dengan Warna Baharu – Phantom Blue Comments Off on Honor 8X Muncul Dengan Warna Baharu – Phantom Blue

Honor 8X merupakan peranti terhangat Honor di Malaysia pada tahun 2018 dengan penjualan 1000 unit dalam tempoh 20 minit.

Terbaru, Honor telah memperkenalkan satu lagi warna baharu ke pasaran global dengan penampilan Honor 8X Phantom Blue. Warna cerun Phantom Blue ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran menerusi Honor 10.

Buat masa ini, tiada berita rasmi daripada pihak Honor Malaysia bilakah ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan, tetapi kami yakin ia akan dijual tidak lama lagi berikutan permintaannya yang tinggi di negara ini.

Honor 8X hadir dengan paparan 6.5-inci FHD+ menggunakan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 91%. Ia dikuasakan cipset Kirin 710 bersama sistem operasi EMUI 8.2 berasaskan Android Oreo. Memori yang disumbatkan pula adalah sebesar 4GB RAM dan 128GB storan. Peranti ini dijana bateri berkapasiti 3,750mAh dan dilengkapi dwi kamera utama 20MP + 2MP serta kamera depan 16MP.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend